AKTIVITI SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Hari ini kita sudah memasuki fasa ke 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Semasa dalam tempoh PKP banyak aktiviti bermanfaat yang saya boleh dibuat bersama keluarga. Antara aktiviti yang saya telah buat semasa dalam tempoh PKP ialah :
- Solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga
- Tadarus al-Quran
- Solat Terawih bersama keluarga
- Membuat bacaan yasin dan tahlil bersama keluarga (secara video call)
Terawih berjemaah
Bacaan Yasin dan tahlil (Secara Video Call)
Membuat mini musolla
- Membaca buku
- Kelas online di rumah
- Menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru.
- Sukan dalaman (indoor)
- Senaman ringan
- Mencuba pelbagai masakan baharu
- Gotong-royong membersihkan rumah
Membuat cup cake
Membuat apam susu
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa aktiviti berfaedah yang boleh kita gunakan untuk mengisi masa yang terluang semasa tempoh Perintah kawalan Pergerakan ini. Seseorang yang dapat menggunakan masa lapang dengan baik, pasti akan mendapat banyak manfaat. Pada pendapat saya, masa itu lebih bernilai daripada emas, justeru janganlah kita membazirkan masa lapang begitu sahaja. Kita hendaklah menggunakan masa lapang dengan sebaik mungkin.




